
Perkahwinanku dengan Zulfakar kerana dijodohkan Perpisahan dengan lelaki itu sudah ditakdirkan. Pertemuan semula aku dan Zahrin satu ketentuan. Aku pasrah dalam kedukaan. Tapi, apakah satu kesilapan? Aku mencintai Zahrin selepas abangnya? Aku tahu buat kali keduanya aku telah mengecewakan mama dan papanya...
SARA KIRANA........Ramlah Rashid.........RM17.90
Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dengan caranya walaupun Zulfakar tidak menghargainya sebagai seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bertolak dari rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel yang disegani. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup. Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah dia menerima kembali cinta Zulfakar? Dan apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah? 448 halaman